*penggunaan bahasa melayu pasar.
baru kejap tadi aku membaca maklum balas rakyat malaysia dan indonesia tentang 'ganyang malaysia'.
ada beberapa comment yang amat bernas dan boleh diterima pakai dan tidak lepas juga comment2 panas yang mungkin mendatangkan kemarahan kepada pihak2 tertentu.
aku,warganegara malaysia sendiri agak terkejut apabila membaca sendiri sindiran dan kemarahan rakyat indonesia terhadap malaysia. namun,sejenak aku terfikir dimana silap kita?
*kata dari hati yang marah
aku rasa tidak heran jika rakyat malaysia amat marah dengan konsep ganyang malaysia itu kerana ada beberapa element yang membawa kepada sensitiviti rakyat malaysia yang tidak sama sekali memberi kepada fakta yang benar seperti penggunaan warna bendera umno (putih,merah),pulau2 kecil yang kini menjadi milik malaysia seperti simpadan dan ligitan,makanan,TKI (tnaga kerja indonesia),teroris sebenar, malah muzik juga diketengahkan. oleh itu aku terbawa bukan untuk mendedahkan tetapi memberi sedikit sebanyak pandangan aku diusia awal 20 iaitu usia dimana kata2 yang penuh dengan marah apabila intrigiti disalah tafsir.
aku tertarik untuk memulakan hujah dengan isi pertama iaitu bendera umno dikatakan meniru bendera indonesia.apakah dengan hanya mempunyai warna yang sama kita dianggap sebagai maling (pencuri) budaya mereka? mentaliti apakah ini.? merah dan putih dijadikan alasan untuk menganyang malaysia.
mentaliti kelas keberapakah mereka ini? dalam mengejar kemajuan teknology dan pembangunan sejagat,kenapa perlu dipersoalkan tentang perkara2 yang remeh temeh.sedang masih banyak perkara yang wajar kita timbang tara kan. khususnya kpada rakyat indonesia (tidak membenarkan kita memanggil sebagai indon kerana beranggapan itu adalah satu penghinaan keatas mereka.sebentar lagi aku akan membicara kan tentang perkataan indon yang dianggap hina),kenapa tidak memikirkan tentang kemajuan pembangunan dan menaik taraf rakyat2 miskin dinegara mereka.adalah itu lebih baik dari terus membincangkan warna merah dan putih bendera umno.
pulau2 kecil kini milik malaysia (simpadan dan ligitan) juga hebat dibahaskan.seperti yang kita tahu,pulau2 tersebut telah diiktiraf oleh ICJ (International Court of Justice) sebagai milik negara malaysia yang sah. namun mengapa perlu dipersengketakan lagi. indonesia mempunyai banyak pulau2 kecil yang mereka sendiri tidak mampu untuk membangunkannya. jadi mengapa perlu melenting jika satu rumpun merka sendiri ingin membangun dan memajukan nya.aku rsa ini akan lbih mmbri keuntungan kepada mereka kerana tidak mustahil peluang pekrjaan untuk rakyat mereka makin luas.kepada kerajaan malaysia,jangan persiakan apa yang kita dapat dan hendak lah bersyukur dengan membangukan nya,berbudi pada tanah adalah besar ganjarannya.
ini pula tajuk yang sebenarnya aku tidak patot keudarakan.namun aku amat tertari apabila rakyat indonesia mengatakan kita pencuri (tidak mahu menggunakan perkataan maling takut nanti dianggap mencuri perkatan mereka) makanan warisan mrka seperti rendang,nasi goreng dan mee bandung (biarpun bandung adalah salah satu tempat dinegara mereka namun tiada mee bandung disana,air bandung juga hanya boleh didapati dimalaysia).oleh itu aku nak mengajak korang semua kembali kepada zaman nenek moyang kita dahulu. kenapa? fikirkan sejenak mengapa kesemua jenis makanan itu wujud (anak sedara aku sukakan perkataan ini dengan bertanya 'atromen wujud ke tak'? *selingan) dimalaysia.
ini kerana berlakunya penhijrahan oleh rakyat indonesia kemalaysia.nenek moyang mereka telah memperkenalkan makan2 tersebut dinegara ini.kontrovrsi nya adalah apabila rakyat indonesia menganggap kita mengCLAIM kan makan tersebut adalah milik kita.namun,ingin aku menyoal,mana pula buktinya? kenapa makanan juga dijadikan alasan untuk membenci malaysia sehingga lupa kita adlah serumpun.fikirkan sejenak,betapa rendahnya IQ mereka2 yang cuba memperbesarkan tentang soal RENDANG MILIK SIAPA.
TKI atau tenaga kerja indonesia sering dijadikan tatapan tidak kira di media massa atau elektronik. AMAH DIDERA. kes2 pekerja indonesia yang didera seperti nirmala dan yang terbaru siti hajar. tidak dinafikan bahawa kes2 seperti itu akan mndatangkan kemarahan warga indonesia,TAPI pernahkah mereka membicarakan tentang kes2 ROGOL,PECAH RUMAH,CURI MOTO,BUNUH,malah kes2 AMAH LARI DARI MAJIKAN juga tidak langsung mereka sebut. walaupun begitu,rakyat malaysia masih ramai yang melayan baik TKI namun sperti kata pepatah,setitik nila rosak susu sebelanga. rakyat malaysia juga masih menerima baik kehadiran mereka di negara yang brbilang kaum ini. mugkin juga kerana kita sedang kearah menjadikan rakyat mentaliti kelas pertama. yang baik dijadikan tauladan,yang jahat dijadikan sempadan.
malaysia teroris sebenar? ini adalah berkisarkan tentang JI (jemaah islamiah) yang telah wujud sekian lamanya namun kita terlepas pandang. biar pen noordin mat top adalah rakyat negara malaysia namun kita mesti arif bahawasanya JI telah berakar umbi di indonesia. tengku fakry yang dikatakan mendera monahara,adakah dicopkan sebagai kekejaman yang nyata? kisah nya masih belum terbukti. sedangkan ibu monahara adalah seorang yang dikehendaki interpol. kenapa perlu percaya kan kepada mereka yang bisa memutar belitkan fakta? sebagai insan kearah mentaliti kelas prtama,kita seharusnya tidak memandang enteng dengan perkara2 yang lebih penting seperti ekonomi dan pendidikan. bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
muzik? apa lagi yang boleh aku katakan sedang aku pun lebih meminati lagu2 dari seberang. bukan mencari silap sesiapa,namun hndak ditegaskan disini,beberapa tahun dahulu kita dilimpahi dengan lagu2 seberang,namun kini semua beransur baik apabila lagu2 negara kita juga kini menjadi siulan ank2 kecil bukan lagi lagu2 so7,ungu bahkan lagu2 faizal tahir (coba),aizat (hanya kau yang mahu),adam (joget lambak) lagu2 indi band MUH,bface,hujan dan banyak lagi.kini menjadi tatapan harian rakyat malaysia. kesempatan ini aku nk ucapkan taniah kepada muzik tanahair yang kini mula bangkit semula seperti zaman2 search.
*adakah silap kita?
jawapannya adalah tidak.! ganyang malaysia adalah salah satu propaganda politik yang sebenrnya hanya memusnahkan bangsa sendri.menbuahkan kan perasaan iri hati dan dendam.mengapa perlu pupuk sikap demikian sedangkan banyak lagi perasaan putih yang harus diterap dalam setiap diri rakyat tidak kira malaysia ataupun indonesia seperti tolenransi,intrigriti,dan rasional kearah modal insan yang baik dan mentaliti kelas pertama.jika satu jari kita menunding kearah pihak lain,sedarkah kita sebenarnya empat jari lagi lurus menunding diri sndiri.semakin banyak kita mencari salah orang semakin banyak salah kita akan terlihat.
berkenaan panggilan 'indon' mereka menganggap ia adalah satu perhinaan kepada mereka.
mengapa perlu perasan sendiri jika kami sebagai rakyat malaysia tidak pernah dan tidak terlintas langsung mengganggap perkataan 'indon' adalah bermaksud ingin menghina.jika begitu,dengan sikap terbuka mulai hari ini aku akan panggil mereka sebagai 'warga indonesia'.