Wednesday, March 18, 2009

hinanya si miskin

hinakah jika dilahirkan sebagai seorang miskin?
jelas apa yang aku lihat ini ternyata membuat aku untuk menulis tentang mentaliti masyarakat kita hari ini.
selalu berprasangka buruk,busuk hati,dengki,cemburu..
ini lah segala penyakit yang selalu membunuh ukhwah antara kita.
mencela segala amalan mulia dikalangan kita.
meruntuh maruah bangsa dan negara.
kenapa perlu menjatuhkan orang lain untuk menaikan diri sendiri?
hinakah si miskin yang masih tak mengerti erti kehidupan?
jelik kah si miskin yang tak mengerti erti kesenangan?
beri lah peluang untuk mereka menikmati sisa-sisa hidup mereka dengan sedikit kesenangan.
mereka tidak merayu untuk memiliki kemewahan yang sama rata.
cuma mengharap mereka dipandang sebagai manusia yang bermaruah.
hina sangat ke bergelar si miskin?
tak boleh ke si miskin berkawan dengan si kaya yang yang mulia?
tak layak kah si miskin berkongsi makanan dengan si kaya yang dermawan?
tak padankah si miskin bersama si kaya yang mengasihaninya?
hina kah si miskin yang belajar di dalam negara berbanding si kaya yang belajar di luar negara?
pesanan ini untuk mereka yang perasan harta itu milik mereka.
tau kah kamu bahawa sebahagian harta kamu itu adalah harta orang-orang miskin yang di anggap hina.
tahu kah kamu yang kamu tidak bersyukur jika kamu memandang rendah pada orang-orang miskin yang tak punya apa-apa.
sedarlah kamu bahawa dikalangan mereka juga adalah sebahagian dari 'diri' kamu juga.
miskin bukan lah si hina.
si hina bukan hanya untuk golongan si miskin.
maka hinalah si kaya bila..
bermengah-mengah dengan apa yang dimiliki nya.
tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat.
memandang rendah pada golongan miskin.
menindas orang miskin.
lagi hina bila si kaya menggunakan hartanya kejalan yang hina lagi menghinakan.
kepada mereka yang kaya hina,miskin bukan lah hina.